Titah Beta Untuk Lindungan Sedarah.


Mungkin bagi kamu cengkerang itu amat kukuh tanpa bantuan beta.

Kamu gagal kerana Raja Drama telah menguasai kamu tetapi kamu menidakkannya tanpa kamu sedari.

Beta hantarkan berjuta-juta tentera beta untuk melindungi cengkerang kamu tetapi kamu menolak tentera beta mentah-mentah.

Beta terpaksa akur dan berangkat dari daerah kamu agar kamu tahu akan kekuatan cengkerang itu menghadapi Raja Drama yang dikasihi.

Beta berangkat kerana kamu yakin kamu mampu menundukkan Raja Drama dengan cengkerang tanpa tentera-tentera beta.

Dan beta yakin suatu hari nanti kamu tetap memerlukan Beta agar beta dapat mengarahkan semua bala tentera beta untuk melindungi cengkerang kamu tetapi adakah masa itu cengkerang masih berkuasa walaupun segala tentera beta sudah bersiap sedia mempertaruhkan nyawa?

Beta hanya mampu melihat ketika itu...

Beta berangkat dulu agar kamu selesa mentadbir daerah berpandukan cengkerang yang akan dihakis Raja Drama setiap saat...

Agar 2 saudara syurga beta sentiasa menjadi ingatan dan menjadi pahlawan yang dapat membantu cengkerang itu terus kukuh walaupun berkali diancam Raja Drama...

Beta doakan itu...

Beta berangkat dan bukan tanda ingatan beta mangkat...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BLOG BETA

BLOG M'sia-eMEDIA